Matonism

Matonism

Thursday, 26 May 2016

Hm!

sini

Adalah sudah ditakdirkan dalam suratan kehidupan kita bahawa pada tarikh ini, pada masa ini. Aku menulis lagi. Dan takdirnya juga kau yang masih sudi baca coretan sampah yang aku lakarkan pada kanvas sepi berlatar-belakangkan putih-putih sunyi, yang tak suci. Hahahaha aduh merepek.

Itulah dah berapa hari aku terpaksa tangguhkan niat nak update blog. Ini semua disebabkan gangguan-gangguan besar macam game baru download, orang ajak match dan sebagainya so setiap kali on laptop je (TER)buka Dota 2, bila tutup laptop, sambung game Invokers Tournament dekat PSVita. Sesungguhnya aku cumalah manusia yang selalu gagal dengan ujian-ujian besar ni.

Yele aku stop merepek.

Ingat macam sebab recently (dan daripada tahun-tahun lepas lagi), orang selalu tanya aku, apa pandangan aku terhadap niqabis. Alaa orang yang tutup-tutup muka tu.

Pandangan aku terhadap mereka adalah pandangan yang ditundukkan. Kelakar tak? Hahaha k paham aku memang hambar.

Benda aku paling tak faham dengan mentaliti kebanyakan masyarakat ni kenapa orang selalu nak mencari kesalahan ninja niqabis ni. Bukan apa, orang tanya aku. Apa pendapat aku bila tengok niqabis ni selfie. Aku ni kalau boleh memang suka tunjuk pandai dan nak jawab semua soalan acah-acah ulamak hebat HAHAHAHA tapi aku tahu keterbatasan ilmu aku. Dan paling terbatas sekali adalah aku tak hidup dalam kalangan niqabis yang selfie lalu upload gambar. Sekalipun orang kata banyak dekat internet diorang ni upload apa semua, aku memang tak nampak. Maksudnya aku memang tak tahulah aku ni tak alert ke, mata aku terus tembus nampak muka dia ke, aku jenis mudah lupa ke atau memang aku tak ingat langsung ada niqabis yang selfie. Maybe ada nampak tapi sesungguhnya aku betul-betul lupa tanpa sebarang kepura-puraan lagi dalam pengakuan aku ni.

[Amaran: Kalau rasa jenis mudah terasa jangan teruskan baca]

Apa lagi sebenarnya aku nak cakap. Aku kalau nak menulis memang takde idea. So aku merepek jelah cakap apa benda then orang cakap baca tulisan aku macam aku tengah sembang dengan dia. Padahal aku tengah tak tahu nak tulis apa. Hahaha!

Alright.

Satu lagi perkara yang aku tak faham dengan hoooman nowadays adalah bila self-proclaimed pendakwah yang muda-muda ni macam cepat bebenor nak rasa yang orang jatuhkan dia. 

Aku cuba elak daripada menjadi terlalu arrogant dalam menulis espesyeli bab komen-komen ni sebab sekali one day kena kat diri sendiri baru padan muka.

Apa pun, moga Allah berikan yang terbaik dalam hidup kita.

Balik semula dekat topik tadi. Tapi aku nak rephrase semula.

Pada aku, yes, kita perlu sampaikan ilmu sebab apa guna berilmu tapi tak dikongsi kan? Tapi kan, kan, kan. Apa guna berilmu tapi tak amal? Aku tanya je ni, siap tengok cermin lagi. Sebab iyelah sekarang kalau kita tegur orang sikiiiiit je pun, memang akan backfired. Mulalah orang mencari tempang, cacat kita dalam kesempurnaan luaran yang penat-penat kita cover. Macam dah jadi trend, nak tegur most "pendakwah siber" ni procedure dia bukan main lengthy.

Betul, aku setuju. Menegur kena ada cara. Kena tegur secara rahsia. Sebab tegur secara terbuka tu equation dia sama macam menjatuhkan orang tersebut. Tapi kaaaaan. Kenapa dia boleh pulak tegur openly.

Ye ye aku masih tengok cermin.


Ingat lagi Teme bagitau haritu. (Yaaass terima kasih teme sebab came to the rescue dengan segera!)



Aku ni bukan rilijes. Apatah lagi hebat beragama. Aku bukan jugak yang memang jenis hafal kitab apa semua. Jadi ilmu aku terbatas. K aku rasa dah lari topik.


Tambah sikit lah nak conclude je ni.

Akhir kalam yang hina ni biarlah aku kongsikan sesuatu.

Nak menyampaikan ilmu ni pertama, kita kena berilmu. Nak berilmu ni kena berguru. Guru tu kalau boleh bukan google. Sampai bila nak mengharapkan google semata?!

Kedua, takde masalah untuk berdakwah. Tambah pulak sekarang kalau nak followers ramai dengan cara cepat adalah dengan tweet agama, selain daripada tweet cinta. HAHAHA! Tapi agama tu bukan pada twitter. Bukan pada profile picture berserban, berjubah atau berpurdah. Agama tu sebarnya bukan pada c/p tweet orang-orang yang memang berilmu. Agama tu bukan pada kuatnya ingatan kita pada Allah waktu online semata.

Andai yang dicari tu pujaan manusia, firaun pun orang puja. Andai yang terasa indah tu pujian manusia, kapal titanic yang besar, megah dan indah, sering dipuji-sanjung pun boleh karam.  Andai yang dicari dalam dakwah tu tentang cinta dan jodoh, taknak ke try cari cinta si pencipta jodoh dan cinta?

Aku bukannya benci. Aku tegur sebab sayang. Dan aku berharap agar kita semua menegur sebab sayang. Balik semula macam masa kecil dulu bila mak ayah tegur itu ini, teguran mereka sebab sayang. Cikgu rotan, cikgu tarik sideburn dan cikgu sebat belakang badan sampai berbekas, kena tidur meniarap just because tak dapat ulang hafazan, itu sebab cikgu nak serapkan Quran tu bukan setakat di bibir, tapi di hati, sebab apa-apa yang berada di hati tu akan ter-refleks pada tuan punya hati. Pada akhlak.

Memang aku ni jauh dari sempurna. Iyalah, sejak aku tweet merepek ni ramai jugaklah aku tengok yang dulu-dulu ni sama-sama kata kita bergerak dalam gerabak dakwah ni tinggalkan aku. Not just that, siap mengata belakang hahahaha ala cedih.

Tapi itulah. Aku cuma mengharapkan agar kita sesama manusia ni hidup secara harmoni. Tak payahlah sesama "public figure" ni nak gaduh-gaduh. Aku takpe, aku bukan public figure hahahah k sekian.

Aku tegur sebab sayang. Kalau aku benci, aku tegur cara lain. Hahaha kemain mudah betul  terhibur sekarang.

Okay, okay. Sekian.
Adios x.

14 comments:

kusyi said...

Ok mato, kekalkan identiti kau yg macamni. Baru org xleh nak assume kau public figure.

Anonymous said...

Okey mato. Akhirnya kau update blog. Entri ni kena dgn trend skarang. ����

sweet sour said...

mato...nk ckp...

Anonymous said...

Terbaik...... ☺☺☺... tq Mato untuk kesedaran ni....

Anonymous said...

Senyum je keje aku bile bace entry ni dri awal sampai habis. :D

Anonymous said...

Cermin....hrmmm... ������

Liyana Zolkibli said...

good point to share....:)

mz said...

Mato, apa sambungan cerita dalam bab chad dalam buku esc?
Btw nak minta satu quotes boleh?

Orang Lidi said...

salam budak tomato, hang ni teme abdullah kaa?? apsai waktu saya baca buku teme (plukis jalanan)..dia ada kata psai hang..hang ni mcm ada kna mngena ja dgn teme.. ke hang ni teme abdullah.. mohon dijawab, hehehehe

MahirahNur said...

Sedang membaca buku esc. Baru nk kenai dgn mati. Eh, Mat.
Scroll la blog ni wahai diri..

aien nurina said...

Mato nk baca lagi buku esc mato. Nk sambungan chad dengan qiden tu.. pleaseee

Amir Farouqi said...

Budak tomato tu budak tomato lah. Yang dalam buku pelukis jalanan tu kawan2 teme yang panggil teme tu dengan gelaran 'tomato'.. jadi budak tomato esc dengan teme abdullah pelukis jalanan bukanlah orang yang sama. hahaha

Nurrul Hadzriena said...

Teme dah bergabung dengan mato which both of u guys are my fav(in term of writing) together with Aiman Azlan. Em, lepasni bergabung dengan Hlovate pulak please. Hlovate my fav since form 3 sekarang sampai sekarang (Just 20).

Haha okey tak,
Nice entri. makseh banyok mato.

siti maisarah said...

Terima kasih atas nasihat yang bermanfaat.. ­čśâ

linkwithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...